Iklan 'Potong'...
Wednesday, November 11, 2009
APA yang tidak kena dengan iklan 'potong' yang ditaja oleh P1W1Max di media massa, media cetak atau papan tanda? Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohammad Aziz nampaknya 'naik angin' dengan iklan berkenaan yang menyuruh kita semua seolah-olah menyuruh 'potong ini'. Katanya, iklan berkenaan berbau lucah dan wajar dinilai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Kenapa beliau marah sangat apabila mendengar perkataan potong? Banyak kita boleh tafsir mengenai potong- misalnya potong rambut, potong rumput, potong ikan, kereta potong dan sebagainya. Di Hospital, kita selalu mendengar potong kaki bagi mereka yang mengidap penyakit diabetes, tidak dikatakan lucah.
Mohammad Aziz bukan sahaja terkenal dengan 'pemikiran yang pelik' termasuklah menyuruh Koh Tsu Khoon meletak jawatan sebagai Menteri sehingga DS Najib mempertahankan perlantikan menteri berkenaan adalah bidang kuasanya. Tidak ada idea pelik yang boleh membina didebatkan di Parlimen selain isu remeh-temeh!
Pada pendapat abe MIE, Mohammad Aziz tidak perlu berasa hina apabila disuruh 'potong inilah' kerana beliau sudah pun lama memotongnya. Buat apa rasa terhina dengan iklan berkenaan.
Lainlah kalau Lim Guan Eng kata, saya begitu hina kata-kata 'potong' oleh iklan P1W1 Max! Sama juga dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, sejak berpuluh-puluh tahun pun belum potong lagi, tidak pula mereka terasa terhina dengan iklan berkenaan! Bahkan, Elizaberth Wong pun suka benda-benda yang sudah dipotong atau disunat berbanding 'ini' yang belum dipotong.
Iklan berkenaan mahukan kita semua menggunakan kemudahan internet tanpa wayar- potong wayar bererti potong kos. Kalau dikatakan iklan berkenaan menipu kerana tidak menyediakan kemudahan seperti diiklankan, bolehlah kita kata mereka menipu untuk 'potong'!
Apabila iklan sedemikian dikenakan tindakan, sudah pasti persaingan antara Maxis, Celcom, Telekom, Broadband dan P1W1 Max tidak berlaku. Kita kita dapati persaingan antara syarikat berkenaan telah memberi kebaikan kepada pelanggan, antaranya pengurangan bayaran sewaan bulanan, kelajuan 'speed' internet dan ain-lain lagi.
abe MIE- Dah lama 'potong'.


9 pandangan blogger:
Iklan Maxis dgn gambarajah Madinah, Mekah, Taif, Mudzalifah tu pun patut dibatalkan siarannya kerana kedudukan bandar-bandar tersebut tak betul disegi geography baik dari utara atau dari selatan.
Sengaja nak hina bandar suci Islam ke ?
Nani Cheras
Wak suka ice-cream potong
SALAM.
HAI...WAK...BIAR BETUL..BETUL!! AIS CREAM POTONG ???
Mr Lagenda. M. Aziz ni tersilap menghentam iklan. Iklan wimax adalah biasa, tujuan wimax ialah mengadakan saingan dengan streamyx yg kini berdepan dgn masalah kelembapan jalur lebarnya.
M. Aziz sepatutnya menghentam iklan Digi RM1. mesti lagenda pernah tengok iklan tu yang mana Angka 1 itu dibelasah dan dilanggar, seolah-olah menghina gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib. M.Aziz tiada isu, maka dia mengambil langkah mudah utk memburukkan wimax, mungkin beliau bersekongkol dengan pihak TM ? Siapa tahu kan?
Salam Ziarah.........
Potongpun potonglah labu..............
Jangan beli kereta potong.......
Jangan beli kereta potong
Terus terang cakap laa..ini politik bisnes punya hal. Kalau iklan tersebut di'ban', maka M.Aziz akan mendapat habuan dari TM kerana tolong singkirkan pesaingnya.... bisnes beb....
Abih..iklan tuala wanita tu tak lucah kee ? Dulu dah kena 'ban", tetiba muncul balik...iklan pun satu macam punya 'menonjol' plak tuu.... M.Aziz tak tolong usulkan ke..?
haih..ni lah masalah kalau orang yang berbeza bidang nak hentam kerja orang lain...bagi sesiapa yang kerja dalam bidang periklanan, mereka da faham dengan teknik/strategi yang diguna dalam iklan piwimax tersebut. mengaitkan iklan dengan norma kehidupan seharian tetapi maksud sebenar iklan adalah lain. saya boleh katakan idea tersebut sangat kreatif dan iklan tersebut berjaya membuat penonton ingat akan iklan tersebut.namun kadang2 secara kebetulan iklan ni boleh dikaitkan dengan sesuatu yang kontroversi seperti yang media cyber katakan. tetapi saya tidak nampak pula 1 di situ mewakili 1 malaysia kerana sudah rupa angka 1 adalah begitu...hanya pandangan saya sahaja..
pelajar U
Post a Comment